Monday, July 28, 2008

Malay Essay

"This was quite funny when I got it in the email. Karangan Budak Darjah Empat. Sadistic but I assume the title is Kemalangan yang Paling Ngeri!: - Ronald

Yeah I read it too, so I decided to post it up on my blog, its really funny.

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhubeku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan airpaip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu sayabersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengangarfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometernak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dariarah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Diamenjerit 'Adoi!'.

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turutberlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.
Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu samadengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitusama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayardepan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembungdengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfirepemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. lori itubertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidakpuas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands danterus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemanduferi itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempaske jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihatkejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan inginbersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya danmengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itumenjerit 'Adoi..!' dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopteritu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukulpemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalambahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakaporang putih. Lalu pemandu lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibupejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polisitu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana inginmengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cubamenyuraikan orangramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dansemuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelaklebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itukepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yangmendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terusberlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kamipun mati.


Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

No comments: